Subscribe

Wednesday, July 23

we have moved

hi and salam to everybody. thank you for coming in. this is to let u know that i've officially moved to

xamadx.com/blog

hope to see you there yer.

Friday, July 18

Solat Jumaat

Hari ni solat Jumaat dijadualkan di Meeting house. Meeting house ni bapak kecik giler. Bape kerat jemaah je boleh duduk dalam building tu. the rest kena hampar tikar semayang kat luar atas jalan ler. disebabkan datang agak lambat aku termasuk orang yg semayang kat luar. tengah khusyuk dgr khutbah ( tak dpt dgr sgt pun sbb kat luar suara khatib tak clear, speaker tak kuat).

Tiba2 datang sorg mamat cam arab ke pakistan ke ape ntah nationality dia aku pun tak sure lah. Dia datang bgtau jemaah yg duk kat luar tu dat pihak university tak benarkan semayang kat atas jalan tuh. Nak solat kena dalam building ke something like that lah. dia ajak jemaah kat luar tu untuk solat kat howell building. I left with no choice since kat dalam meeting house tu org dah penuh. So aku pun jalan lah kedek2 dgn bro jepp and bro khir ke howell building. solat jumaat kat sane. jemaah tak cukup pun 40 orang. mmg konfermlah tak sah semayang jumaat tuh. tapi aku pon tak paham jugak org2 arab nih. dorang semayang jugak selamber rock jer. ke ada mazhab yg membolehkan solat jumaat tak cukup jemaah camtuh? tengok gaya dorang ni siap berjanggut bagai. nampak cam alim. mungkinlah dorang pegang mazhab lain which is i doubt that. so lepas solat jumaat tu aku semayang zuhurlah sbb tak yakin solat tu sah. dahlah ada dua jemaah kat dua tempat yg berdekatan. boleh ke camtuh? wallahua'lam.

tapi seres aku rasa mcm tak best giler nak solat pun kena pindah randah camtuh. sebenarnya hal ini merendahkan martabat agama Islam dan muslim itu sendiri. Come to think of that. Nak semayang jumaat yg sekali seminggu pun tempat yg diberi bapak kecik giler sampai melimpah ruah solat atas jalan dan tepi kaki lima bagai. Pastu dah melimpah ruah tu disuruh pindah solat kat tempat lain pulak. mak aiii...sedeyh siut. Patutlah rasul SAW melarang umat Islam duduk kat negara Kafir. Umat Islam wajib duduk di negara Islam. Selain kebajikan orang islam tu terjaga, darjat dan ketinggian agama Islam pun tak dipandang rendah dan dihina selain syariat2 lain dapat ditegakkan. Bayangkan kita nak solat pun kena mintak memohon merayu kat sana sini. tu tak mintak benda lain lagik tu. dont get me wrong, larangan menetap dinegara Kafir tu adalah general rule. There are some exceptions to it antara lainnya adalah untuk menuntu ilmu seperti dalam hadis nabi SAW yg menyebut tuntutlah ilmu sampai ke negara China.

ok ar nak blah nak gi majlis house warming bro sofi plak. i'm late. will update later.

Thursday, July 17

malah weh

tengok tajuk pung tau doh aku malah embeng nok update blog aku nih. boring weh. tapi kalu aku dok update kekgi nyaknye ke orang hok masuk blog aku ni tengok bende ttule je, tapir, tapir, tapir. hehe...nasib mung lah. =p...

alang2 aku duk update nih aku raser molek benor lah aku tulih sket bende2 yg berlaku dikeliling aku dalang minggu ning secara rambang n ikot dang dok tau paler ekor. wahaaa.

iskk tapi nok tulih mende? dok au gop. haa...ok pasal fotopages. set2 ni duk ralit maing fp lening. duk pakat upload gambo blake seme. bile tengok fp set2 ning raser dekki n teringin gop nok ade fp. tapi nok letok gambo mende? gambo2 aku huduh sepang blake. mane bulih compare nge gambo set2 nih. tapi dakpe aaa, a baby step counts aite? so sape2 hok nok visit fp aku gi lah kat chomelotte.fotopages.com...tapi ade gambo bunge sutir je. wahaha.. lek lu boh. awal lagi...kekgi aku upload lagi bertimbun2. ke guane? masaloh nge aku lening ialah mouse aku punoh. dok tau sebab mende pakai dok sapa 4 bulang jeng doh. dok paka kawa nguh. so buat maser ning aku tadok mouse lagik ah. susoh aaa nok photoshop gambo2. insya Allah weekend nih kalo ade maser aku beli ahh sekor. pahtu fp aku jadi the best in the world. tenkiu.

minggu lepah aku beli beskal dr abg mahadi. saje nok wat musing2 area nih gi maing bola petang2. letih doh jalang kaki nge belari. ahaha. ye baru paka beskal tu skali pahtu sekong dalam stor. sbb tuh arr condition marvelous giler. kire aku bulih dgn harge mughoh gok ah sposeng. bile aku duk hepily everafter cycling ke sane ke sini tuh ade ahh budok hok dekki nok beli etek. sape lagik kalo bukang si aj. survey punye survey kat ebay nge gumtree, juppelah sutir beskal nih kat hillingdon. lepah arrange everything aku ngn mawarku pung gi lah ke umoh seller tuh. beskal ye pon comel gok. mcm brand new. lepas konsider condition n rege beskal tu kitorang pun belilah beskal sutir agi. romanticnye aku raser bulih berbasikal berdua begitu. haha. beskal meroh beskal biru cikgu maroh i lebiuuuuu kate budok2 kapongg aku mase kecik2 duluuu.

ok next is isu politik. aduh pening paler aku dgn keadaang politik negare. kucar kacir. set2 ca ya nun alif nge kaf lam ya nga duk pakat tepuk tangan rama2. tengok debat dsai-shabery cheek 2 hari lepah. memang pok menteri jadik laughing stock ah. dok jawak soalang. orang tanye lain ye jawak laing. wak malu ke khajaan jer. banyok gok aku nok komeng pasal menatang nih tapi biar ahhh...panjang ngat plop kekgi. lagipon berlambok2 komen pasal ni kat blog2 politik laing. mu cari sdiri ah. esokkang tuh dsai kena igak masuk gok sebab dok gi balai polis wi statement pasal isu lewat. polih warning suh ye hadir within 24hrs tapi ye kena igak sebelum cukup 24jam. dalam seminggu dua nih bulih lah kite same2 tengok situasi politik dan negare yang semaking huru hara kuchalana. sedihh ahh orang melayu gini. kalu nok pinpoint sutir2 pasal masaloh2 org melayu ni mmg banyok giler. kang best kalu seme pakat balik pada quran dan sunnah jer. refer molek pahtu ikut ape yg quran dan sunnah ghoyak. jangang duk ikut paler sdiri try and error ikut western. islam ni bukang pasal nikoh kawing smayang bang jer. bukang hudud dan muamalah jer. islam tu syumul. bukang jer product tapi cara2 pon kena islamic. opss, ni isu laing.

dok rok doh nok blogging. nok tido plop. pah nih aku blog pasal tenggiling ke kangaroo ke plop. c ya.

Wednesday, July 9

Kisah Seekor Tapir

Maka terdapatlah kisah pada zaman dahulu di sebuah hutan belantara yang sangat lebat, tinggallah seekor ibu tapir dan anaknya yang bernama John. Walaupun kehidupan mereka tidak semewah jiran-jiran tetangga dan tapir-tapir lain namun kerukunan dan keharmonian keluarga mereka berdua tetap menjadi tunjang kebahagiaan dalam menempuh kehidupan yang fana ini. John kematian bapa semasa beliau masih dalam kandungan lagi. Menurut cerita dari mulut ibunya, bapa beliau meninggal dunia disebabkan ribuan sengatan tebuan tanah sewaktu mencari nafkah di hutan sebelah. Ekoran daripada itu terpaksalah ibu John mempertaruhkan kehidupan mereka sekeluarga dengan kuderat tenaga dan tulang empat kerat beliau.

Pada suatu tengah hari yang hening sewaktu John bermain congkak, ibunya telah menghampiri John seraya berkata, " anakku John, kini sudah masanya kamu meninggalkan hutan ini dan membawa haluan kamu sendiri demi mengembangkan populasi dan keturunan kita, tapi ingatlah kamu, jangan sekali-kali kamu lupa asal usulmu. Pulanglah ke sini bersama isteri dan anak-anakmu nanti. Jangan kamu jadi Si Tanggang si anak durhaka. Ingatlah pesanan bonda dan sematkanlah ia dihatimu tidak kira dimana kamu berada."

John, yang memang terkenal dengan sifat baik dan sopan santunnya akur dengan pesanan ibunya tersebut. Selepas bersiap serba sedikit dan membawa bekal ala kadar, John pun mengutarakan hasrat beliau untuk berkelana pada petang hari tersebut juga. Ibu John sangat gembira mendengar hasrat John. Memang sudah lumrah kehidupan seekor tapir. Ini merupakan berita yang sangat menguja. Selepas bergesel pipi dan muncung, John pun memulakan langkah beliau untuk berkelana meninggalkan kampung halaman asal usulnya dan juga bonda beliau yang sangat beliau kasihi dan hormati. Masa depan John bermula dari saat ini memang tidak dapat diduga. Bermacam-macam halangan yang akan beliau tempuhi. Itu satu janji dan itu pasti. Itulah nasib si tapir, encik John.

Monday, July 7

tisu muka

khamis: londeh msg masa ako tgh tido. bangun mandi selepas bersiap ala kadar jumpa dia kat hot chocolate depan cost cutter skali ngan shah. ako buntu tatau nak bawak dia lepak mana. seres bro aku tatau nak bawak gi mane. ye lah citerasa berlainan. benda ako suka takut ko tak suke. lagipon ko datang all the way from malaysia dah sampai sini mesti nak tgk tempat2 yg best kan? last2 bawak dia lunch kat uxbridge. shopping sket2 then gerak pegi southhall...ahaha, lawak syial. balik2 southhall.cam best sgt. hari sangat windy dan hujan renyai2. sangat sejuk. malam tu dinner kat fleming skali ngan shah londeh n wawa.

jumaat: bangun kul 11 lebih. gerak dr uxbridge kol 12. solat kat malaysia hall. ingat nak lunch kat sane tapi org ramai giles. amik circle gerak ke victoria station. bus londeh ke liverpool kul 3.00. agak kesuntukan masa so kena berlari keanak-anakan. ingat nak tapau mcdonald tp cam tak sempat. last2 tapau samosa lamb kat kedai dalam victoria coach station. bus delayed 320. so sempat aa makan2 sket. lepas londeh grak ako bermalas-malasan balik ke uxbridge sambil baca buku richard branson tak habis2 lagik. on the way nak balik dapat msg dr shah ajak main bola petang tu. so petang tu main bola kat turf skali ngan budak2 arab n iran. ada masalah sket ngan booking. mamat yg keje kat brunel sport centre tu cakap tak booking. dak2 arab ni cakap booking tapi takde resit. tak jumpa cari. last2 dia balik bilik dia yg agak jauhh tu untuk amik resit. mmg dah booking rupanya. tapi padang lain. buang masa sey. kecoh jer.

sabtu: gi london ngan mawarku. jalan kat portobello street. tapau lunch kat satu booth ni dia tulis thai halal food. ingatkan orang siam, rupanya orang melayu malaysia yg jual tu. makan tepi jalan sahaja. amik bus ke maaysia hall utk smayang asar then lepak kat hyde park. round the other side yg belum penah pegi. besar siott... lenguh giler urat sendi menapak jauh tak ingat. ada satu pool tuh byk swan besar giler. tapi penakut nak mampos bile anjing datang dekat. kesian. mmg wajarpun swan takut kat anjing. tapi kat manusia dia cam tak takut sangat. amik picadilly balik uxbridge. singgah tesco beli groceries dan junk food.

ahad: gi heathrow ada satu family dari Malaysia baru sampai. nak kena amik dorang. officemate kepada my auntie cik ana di upm. kak nadia and her husband together wif their 2 daughters. touched down at 4 petang. tunggu dorang clearance n everything kat kul 5 baru kluar. ummi ada pesan barang kat dorang. thnx to them and welcome to uxbridge.

tisu muka? takde maknanya. terime kaseh daun kladi esok lusa blogging lagi.
salam.

Thursday, July 3

londeh in london

tido tak cukup. that's the case when i forced myself really hard to sleep. i really need a good sleep and gotta wake up early today as i was going to meet londeh in london. i tink i slept for just 2 hours.
i woke up at 9 and departed from brunel around 10.

londeh supposed to arrive in london at 1130. it was 1120 dat time and i decided to have breakfast first at malaysia hall with aj. gile mahal makanan kat situ. dua orang makan cost us almost 15pounds. kalo convert dah dekat seratus. makanan bukan apa sangat pun. lintah darat cam ah long.

jap pastu londeh call, set ngan dia nak jumpa kat victoria station. sampai sane kat kul 12. dia duk lepak sengsorang atas kerusi kat one corner nih. lama sey tak jumpa mamat nih. dah dekat 4 tahun kot. aku tgk dia cam dah agak tua sket. hahaha.. aku tau mesti dia tgk aku pun nampak cam tua jugak. tuh laa hakikat...rupa paras akan pasti dimamah usia. cuma kadang kala kita tak terperasan atau saje buat tak perasan. ah biar lah muka nampak dimakan usia janji hati tetap muda remaja.

pastu bawak dia makan again kat malaysia hall, semayang zuhur kat situ. then amik bus pegi hyde park. Ade konsert org ramai gile gaban. aku mampir ke kaunter tiket tanya brape harge. i found out it was 45pounds satu kepala. saper artis utama konsert tu? yeah, it was jack johnson. huh..whos that? aku tak penah dengar pon...not worth it lah. sambil borak2 bercerita kisah2 terbaru dan sensasi pasal diri memasing kitorang gerak pergi big ben and the eye of london. pastu menapak gi trafalgar square. lepak dan borak2 lagik kat trafalgar square sambil tengok budak2 nakal kejar burung merpati sejoli dan dua joli dan berjoli2 lagik. lepas dah agak lama lepak situ kitorang menapak gi picadily circus. londeh memberitahu aku rahsia hitamnya bahawa beliau pernah menjadi ah long. weh serius nih beb. tapi itu dulu, skarang beliau benar2 sudah insaf.

lepas dah tatau nk lepak mana dan hari dah hampir malam cuaca bertukar sejuk. aku tak bawak jumper lantas mengajak beliau pulang ke uxbridge dan bermalam di sana. shah bersetuju utk menumpangkan londeh di bilik beliau. tambahan pula londeh jugak merupakan skoolmate shah jugak. mlm tu dinner kat fleming and kitorang then lepak kat bilik shah sampai tgh malam bertukar kisah2 dahulu kala semasa zaman persekolahan. mata yang rabak dan pedih menggila memaksa aku memohon diri utk balik tido.

krohh..krohh.

Wednesday, July 2

pusing-pusing jalan-jalan

petang tadik disebabkan takde keje mende nak buat aku ajak mawarku pusing2 kawasan sekitar uxbridge ni. aku tgk kat map ingat nak gi kat satu park ni. so aku try lah buat styly mind mapping. rekord dalam kapla je arah dan nama tempat tuh. dengan selambernye kitorang menapak ke park tuh. jaraknya aku agak dari brunel ni dalam 2km sahaja. sambil jalan2 boleh gak kluar amik gambar2 yang menarek. dah lame seh aku tak shooting nih. kesian kat si kamera.
shoot and shoot

jalan punya jalan sampai kat satu sungai ni. byk boat house kat sungai tu. byk giler. mat salleh ni aku rasa kelakar jugak. tanah banyak2 ape kes ko duk dalam boat. mmg lah boat tuh agak panjang. dalam 15 meter jugak. tapi iskk..aku takleh pikir lah camne nak hidup normal life dalam boat. kalo korang kenal encik richard branson boss virgin, dia pun masa mula2 nak asaskan virgin pun duk atas bot. haa, ni kes yg samelah nih. eh tapi pandai pulak dorang ni tanam pokok2 bunga kat luar bot tuh nak cantikkan laman. Ingat nak amik gambar bot2 tuh tapi takut dorang marah ler. private property. mawarku pulak suka suki je dia suggest nak duk kat boat house jugak. adventure sket dia kata. adventurelah sangat. dengan air sungai yg tercemar dan kotor tu. eee..geli lah.

niat asalnya nak gi kat park tuh tak kesampaian sebab we were sort of sesat. dekat dah nak sampai sebenarnya tapi tak yakin. bila balik check map lagik skali barulah we realize dat park tu sgt dekat dah. sbb tak jumpa park tu kitorang decide utk terus menyusuri sungai tu n tengok boat house tu sampai lah kat satu brdige ni we crossed it and u turn bak melalui jalan Cowley road. lalulah kat masjid yg terbesar dia kawasan ni iaitu rumah teres dua tingkat sahaja. jenguk2 kat dalam tu kira agak besar jugak lah. bolehlah menampung 18juta jemaah kalo semayang gilir2 selama 800 hari berturut-turut.

adeh kaki penat lahhh jalan jauh2 nih.. lama tak jalan kot takpun kamera berat sangat.

esok nk jumpa londeh kat london. dia baru sampai uk last week. staying wif his sister kat liverpool. dia datang bercuti selama sebulan. nak bawak dia lepak mana ntah esok nih.


ni gambar boat house:


ske gambar ni. thnx to mawarku for capturing this photo.